Selasa, 19 April 2011

BERJINAK-JINAK DALAM PENULISAN BLOG


Assalamualaikum...

Ini adalah my 1st baby blog :) . Jadi saya mengajak kawan-kawan untuk memberikan komen di dalam setiap penulisan saya. Maklum sajalah saya masih lagi baru dalam bidang penulisan blog ini. Jadi masih banyak yang saya perlu perbaiki. Saya mula terfikir untuk menulis blog dari Jun 2010 namun disebabkan kekangan masa dan tiada modal(idea) untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan, penulisan blog saya jadi terbantut sehinggalah awal bulan April hari itu Mr. Sunthara Segar datang ke ofis saya memberikan seminar mengenai PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM. Seminar tersebut sangat meninggalkan kesan yang mendalam ke atas diri saya, memberikan saya sebab kenapa saya harus menulis blog. Tajuk perbincangan pertama yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan adalah TUNTUTAN 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA kerana pada pendapat saya kalau kita fahami 5 tuntutan ini akan fahami kenapa kita perlu merancang. Terus terang saya katakan saya katakan saya sangat lemah dalam merancang dan tidak berniat untuk mengajar kawan-kawan bagaimana untuk merancang. Apa yang saya tuliskan ini dalah buah fikiran saya yang dalam saya berkongsi dengan kawan-kawan tentangnya saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Sesungguhnya apa yang baik datang dariNya yang buruk adalah atas kesilapan sendiri. Semoga Blog saya bermanfaat untuk dijadikan tempat berkongsi ilmu di antara kita.

2 ulasan: